Covid-19: HRPB nafi situasi di hospital membimbangkan - Utusan Malaysia

Covid-19: HRPB nafi situasi di hospital membimbangkan

KENYATAAN yang menafikan situasi di HRPB Ipoh pada tahap membimbangkan berikutan peningkatan kes Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menafikan mesej yang tular dalam media sosial mengenai situasi di hospital berkenaan pada tahap yang membimbangkan berikutan peningkatan kes Covid-19

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, mesej itu adalah palsu.

“Kadaan semasa di hospital masih terkawal dan perkhidmatan hospital berjalan lancar seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, masyarakat diingatkan agar tidak menularkan sebarang berita atau maklumat yang tidak sahih.

“Ini bagi mengelak ia mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Abdul Malek juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Kurangkan pergerakan ke tempat-tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Selain itu, pemakaian penutup muka dan cecair nyah kuman hendaklah sentiasa diamalkan setiap kali hendak berurusan di tempat awam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya