PETALING JAYA: Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 6,999 kes baharu penularan wabak Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu kepada 565,533.
Selangor terus mencatatkan kadar jangkitan tertinggi dengan 2,477 kes manakala kedua tertinggi adalah Kelantan yang merekodkan 612 kes.
Sementara itu, Perlis hanya merekodkan tujuh kes baharu berbanding negeri-negeri lain yang terus mencatatkan tiga angka.
Jumlah kes hari ini menunjukkan penurunan kes berbandingkan semalam iaitu 9,020 kes penularan wabak itu.