'Butik' sediakan 1,000 pakaian baharu, terpakai percuma - Utusan Malaysia

‘Butik’ sediakan 1,000 pakaian baharu, terpakai percuma

NICOLE Tan Lee Koon menunjukkan pakaian baharu dan terpakai yang tersedia untuk diberikan secara percuma sempena Aidilfitri ketika ditemui pemberita pada Program Muhibah Raya di Taman Bukit Kepayang, Seremban. - UTUSANZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 1,000 pasang baju baharu dan terpakai pelbagai saiz tersedia untuk diberikan secara percuma kepada golongan memerlukan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, menerusi Program Muhibah Raya, pihaknya menyediakan sebuah pusat pengumpulan pakaian di Taman Bukit Kepayang di sini bagi meringankan beban mana-mana individu untuk menyambut hari raya.

“Hasrat kami adalah untuk memberi keceriaan kepada mereka bagi menyambut lebaran tidak lama lagi. Program seperti ini dilihat dapat mengurangkan kos dan lebih 1,000 pakaian baharu dan terpakai yang disediakan di sini boleh mereka pilih serta bawa pulang.

“Selain pakaian, terdapat juga kasut, pinggan mangkuk dan makanan seperti sayur-sayuran turut disediakan di sini. Kami juga mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyumbang pakaian serta barangan lain di sini,” katanya kepada pemberita di Taman Bukit Kepayang di sini hari ini.

Pusat pengumpulan pakaian itu dibuka sejak semalam sehingga 16 Mei dan ia dikendalikan di bawah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang.

Sementara itu Nicole memaklumkan, pihaknya berhasrat melanjutkan program berkenaan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Program ini baik dan jika mendapat sambutan menggalakkan saya akan meneruskan program seperti ini. Saya juga berterima kasih dengan mana-mana pihak yang telah menyumbang barangan untuk program ini.

“Pihak kami mahu menjadikan pusat ini sebagai ‘butik’ dan mereka yang datang seolah-olah sedang membeli-belah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi,” katanya.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi pegawainya, Sheila di talian 010-5567189 atau datang sendiri ke alamat No. 65, Jalan MPK 3, Taman Bukit Kepayang, Seremban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya