Buruh Myanmar maut dipukul dengan besi - Utusan Malaysia

Buruh Myanmar maut dipukul dengan besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU:  Seorang pekerja kontrak warga Myanmar maut disyaki dipukul dengan sebatang besi di sebuah unit  aras 22, kondominium yang masih dalam pembinaan di Bayan Lepas, di sini semalam. 

Mangsa, Hla Min, 29, dilaporkan mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 3.05 petang. 

Mangsa sebelum itu ditemukan rakan sekerjanya dalam keadaan kritikal  dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam tandas unit berkenaan sebelum mereka menghubungi ambulan. 

LOKASI tapak pembinaan seorang buruh warga Myanmar yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri disyaki dipukul dengan sebatang besi di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A.A. Anbalagan berkata, kejadian disedari rakan-rakan si mati setelah diarah oleh penyelia untuk mencari mangsa disebabkan masih tidak mengambil makanan tengah hari. 

Menurutnya, siasat lanjut polis di tempat kejadian tidak menemukan saksi bebas atau rakan sekerja yang melihat kejadian berlaku. 

“Pasukan polis hanya menemukan telefon bimbit dan kasut mangsa di dalam tandas berkenaan termasuk sebatang besi yang mempunyai kesan darah dengan cebisan kulit di luar tandas. 

“Ekoran kejadian itu, kita menahan enam buruh binaan warga asing iaitu lima lelaki Myanmar dan seorang Indonesia yang masing-masing berusia 25 hingga 44 tahun di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan di HPP hari ini mendapati  kematian mangsa disebabkan pukulan dengan objek tumpul dan keras pada kepala. 

“Polis masih mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian dan semua tangkapan kini ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya