Buluh lemang RM5 sebatang - Utusan Malaysia

Buluh lemang RM5 sebatang

ROSLAN Hashim (baju kelabu) masih mengekalkan harga lemang yang dijualnya di Balik Pulau, Pulau Pinang sama mengikut saiz tahun ini meskipun harga buluh semakin mahal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Peniaga lemang di negeri ini terpaksa menerima hakikat kenaikan harga bagi sepotong atau katam buluh lemang mencecah RM5 menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Berbanding tahun lalu, sebatang buluh lemang yang siap dipotong dijual pemilik tanah atau kebun pada harga antara RM1 hingga RM2 sebatang.

Rata-rata peniaga membe­ritahu mereka terpaksa berusaha mencari bekalan buluh di sekitar daerah negeri ini untuk mendapatkan harga serendah RM1 hingga RM2 sepotong se­perti tahun lalu.

Seorang pengusaha lemang di Balik Pulau, Roslan Hashim, 46, berkata, berlaku kenaikan harga bagi sepotong buluh lemang pada harga RM3 hingga RM5 oleh pemilik pokok di Pulau Pinang berbanding menje­lang Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Menurutnya, ini berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha lemang di negeri ini termasuk peningkatan jumlah peniaga tahun ini.

“Kami sukar mencari bekalan buluh lemang di sekitar Balik Pulau. Memang kena bijak bermain harga atau berbincang dengan pemilik pokok untuk dapatkan harga serendah RM1, ” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi peniaga lemang, Nor Athirah Yasak, 25, turut mengakui berlaku kenaikan harga buluh daripada pemilik pokok di Kedah sehingga RM2.50 sebarang mengikut saiz dan tidak termasuk caj penghantaran sebanyak RM35.

Bukan setakat itu, katanya, bekalan daun pisang yang siap dipotong dan diikat turut naik sehingga RM4 sekilogram berbanding RM3 sekilogram tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya