Buah melon menjadi, rezeki bertambah - Utusan Malaysia

Buah melon menjadi, rezeki bertambah

SUFIAN Ahmad (kanan) dan Mohd. Zahid Mohd. Yaacob menunjukkan buah melon yang diusahakan mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan semalam. UTUSANAIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Usaha dua rakan karib menanam 1,000 pokok melon atau tembikai wangi secara fertigasi berbaloi apabila tanaman itu kini sudah boleh dituai dengan hasil mencecah empat tan metrik.

Sufian Ahmad, 46, dan Mohd. Zahid Mohd. Yaacob, 38, menanampokok melon di atas tanah seluas 0.4 hektar berhampiran rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini sejak dua bulan lalu.

Mereka berdua merupakan kakitangan Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. dan aktiviti tersebut sekadar dilakukan secara separuh masa iaitu selepas tamat waktu bekerja dan pada hujung minggu sebagai pendapatan
sampingan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sufian berkata, sebelum ini mereka menanam mentimun, petola dan cili namun sepanjang musim pandemik, pasaran sayuran terjejas menyebabkan mereka beralih kepada buah melon.

“Tempoh matang pokok melon sebelum dituai antara 60 hingga 75 hari. Dengan tanaman yang kami usahakan sekarang, kami dapat tuai kira-kira 2,000 melon dengan berat purata satu hingga dua kilogram sebiji.

“Buah melon dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM8 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Zahid pula berkata, menerusi teknologi fertigasi, tanaman melon  tidak memerlukan penjagaan rapi kerana mereka memperuntukkan masa selama dua jam sahaja sehari.

“Sebelum berjinak-jinak dengan teknologi fertigasi ini, kami mendapat khidmat nasihat  daripada agensi-agensi termasuk Jabatan Pertanian dan petani-petani yang sudah biasa  dengannya.

“Selain kurang penjagaan, satu lagi kelebihan teknologi sistem fertigasi ialah tanaman diusahakan tanpa tanah, sebaliknya dalam polibeg berisi sabut kelapa,” katanya.

Mengakui pasaran tidak serancak dulu ekoran seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua sahabat  itu mengambil inisiatif menjual buah secara penghantaran tunai (COD) di sekitar Gua Musang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya