Bot nelayan dikendalikan warga asing langgar syarat lesen ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan dikendalikan warga asing langgar syarat lesen ditahan

BOT nelayan dikendalikan empat warga Thailand ditahan kerana menggunakan pukat tunda menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Jarak, Lumut kelmarin. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 7.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak petang kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Kapal Maritim (KM) Malawali yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di kawasan sempadanan perairan Perak kira-kira pukul 2.40 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu dikendalikan empat kru warga Thailand termasuk tekong berumur dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, ketika ditahan,  bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Jarak dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan  yang dipercayai  melakukan kesalahan  di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen.

“Kru dan tekong, serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 300 kilogram ikan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan dan tiba sekitar pukul 6 petang semalam untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Shahrizan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kesalahan serupa dan aktiviti jenayah maritim agar menyalurkan maklumat lengkap melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05 – 683 8737 dan berterima kasih di atas maklumat yang telah disalurkan bagi tujuan keselamatan bersama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya