Bomba Melaka salur kepakaran bantu operasi PKRC MITC - Utusan Malaysia

Bomba Melaka salur kepakaran bantu operasi PKRC MITC

SEORANG anggota Hazmat melakukan kerja-kerja nyahcemar pada kenderaan yang membawa pesakit Covid-19 dari atau ke PKRC MITC, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri setakat ini telah melaksanakan nyahcemar kenderaan melibatkan 48 van dan 10 bas serta penghantaran Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) seramai 83 pesakit.

Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, pihaknya diberi kepercayaan oleh Jabatan Kesihatan negeri dalam perkhidmatan kepakaran khusus bagi melancarkan operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Jelas beliau, antara peranan JBPM adalah mewujudkan dan mengoperasikan stesen nyahcemar bagi semua kenderaan yang membawa pesakit dari atau ke PKRC.

“Kami juga menyediakan bantuan HADR dalam aspek penghantaran semua pesakit dari PKRC MITC ke klinik-klinik kesihatan dan hospital. Stesen nyahcemar kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam HADR dari atau ke PKRC turut diwujudkan.

“Pengoperasian stesen-stesen ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan di PKRC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abu Obaidat, JBPM juga melakukan sanitasi harian ruangan dalaman PKRC serta melaksanakan nyahcemar bagasi bagi semua pesakit yang akan dikuarantin.

Dalam pada itu, Abu Obaidat berkata, JBPM negeri menghantar beberapa pegawai elit dan terlatih dalam pengendalian keseluruhan aset dan sumber dalam menghadapi wabak Covid-19.

Katanya, seramai dua pegawai operasi dan 68 anggota terlibat sepanjang pengoperasian PKRC MITC.

“Pasukan sanitasi melibatkan 55 anggota, seorang pakar Hazmat dan CBRNe manakala enam anggota masing-masing dari Hazmat dan CBRNe serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” ujarnya.

PKRC MITC memulakan operasi 21 Mei lalu dan hanya menerima pesakit dan pekerja di Melaka sahaja.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya