Bomba bantu kebumi jenazah pesakit Covid-19 obesiti - Utusan Malaysia

Bomba bantu kebumi jenazah pesakit Covid-19 obesiti

SEBUAH jengkaut digunakan untuk mengangkat jenazah pesakit Covid-19 yang mempunyai masalah obesiti di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu membantu memindahkan jenazah pesakit Covid-19 yang mempunyai masalah obesiti di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai berat badan kira-kira 190 kilogram itu meninggal dunia di HSAH pada pukul 2.44 pagi selepas tiga hari bertarung nyawa di hospital tersebut.

Ketua BBP Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada pukul 3.37 petang.

Katanya, anggotanya tiba di HSAH pada pukul 4 petang untuk urusan mengambil jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam  Kampung Berapit, Tikam Batu di sini.

“Operasi melibatkan 11 anggota dari BBP Tikam Batu menggunakan sebuah lori dan tiga kenderaan utiliti serta turut diiringi kenderaan peronda polis dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya di sini malam ini.

Tambahnya, sebuah jengkaut digunakan untuk mengangkat jenazah ketika proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 yang mempunyai masalah obesiti tersebut.

“Operasi pengebumian tersebut selesai sepenuhnya pada pukul 6.13 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya