Berwaspada serangan balas kumpulan Abu Sayyaf - Utusan Malaysia

Berwaspada serangan balas kumpulan Abu Sayyaf

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan di negeri ini diminta bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan berlaku serangan balas daripada Kumpulan Abu Sayyaf.

Langkah berwaspada perlu diambil susulan lima pengganas daripada kumpulan itu ditembak mati dalam operasi bersepadu khas yang dijalankan di kawasan penempatan haram berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 11.27 pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hazani Ghazali berkata, pasukan keselamatan akan meningkatkan kawalan dan risikan di seluruh negeri itu untuk mengesan sekiranya ada saki-baki atau sel kumpulan pengganas ini yang bersembunyi di Sabah.

“Kita mengesyaki masih ada saki-baki dan tali barut dalam kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan pejuang Daesh ini.

“Cukup senang untuk mereka bersembunyi di Sabah kerana boleh bercampur dengan penduduk tempatan yang menggunakan bahasa Suluk dan Melayu Sabah.

“Untuk itu, saya menggesa masyarakat setempat tidak membantu kumpulan pengganas dari negara jiran dan tolong maklumkan kepada PDRM atau pasukan keselamatan lain tentang kehadiran kumpulan pengganas ini.

“Atas sebab itu, saya minta pasukan keselamatan berhati-hati sebab kita takut ada serangan balas susulan tindakan yang dibuat oleh PDRM Sabah ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hazani berkata, kawasan penempatan pengganas itu begitu terpencil dan pasukan serbuan pun berdepan kesukaran untuk menggempur kawasan itu.

Katanya, serbuan kedua yang dilakukan itu adalah hasil makluman daripada lapan pengganas ASG yang ditangkap di lokasi sama pada 8 Mei lalu. Berdasarkan maklumat daripada mereka yang ditangkap, tiga anggota ASG berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam paya.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, kemasukan ASG ini dari Selatan Filipinja disyaki atas bantuan orang tempatan yang bertindak sebagai pelindung atau symphatiser mereka.

Kumpulan ini menjadikan pantai barat Sabah sebagai tempat persembunyian kerana kurang kekacauan. Di pantai timur ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang sentiasa menjalankan operasi.

“Sejak 2014 hingga 2020, 83 pengganas yang ditangkap bersembunyi di pedalaman dan pantai barat. Atas sebab itu, kita akan memberi tumpuan bagi mengesan saki baki pengganas atau penyokong Daesh/ISIS ini di pantai barat dan pedalaman,” katanya.

Semasa operasi bersepadu khas pertama pada 8 Mei, 37 orang warga Filipina termasuk lapan pengganas ASG ditangkap hasil maklumat dan risikan PDRM bersama ESSCOM. Dua daripada mereka adalah subketua kumpulan Abu Sayyaf yang berada dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina.

Dalam serbuan kedua semalam, lima pengganas ditembak mati termasuk seorang subketua ASG yang pernah terlibat dalam pengeboman lori tentera di Selatan Filipina dan perkara ini disahkan oleh pasukan keselamatan Filipina. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya