Berkumpul sambut raya hingga awal pagi, 11 dikompaun RM60,000 -

Berkumpul sambut raya hingga awal pagi, 11 dikompaun RM60,000

SERAMAI 11 individu dikompaun sebanyak RM60,000 selepas didapati berkumpul di sebuah rumah tumpangan bagi menyambut hari raya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seramai 11 individu dikompaun dengan nilai keseluruhan RM60,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di sebuah rumah tumpangan di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kesemua mereka dikompaun selepas polis menjalankan pemeriksaan di rumah itu kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Menurut beliau, turut dikompaun sebanyak RM20,000 ialah pemilik premis tersebut berusia 40 tahun kerana gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga menyebabkan kesesakan.

“Selain itu, kompaun sebanyak RM4,000 masing-masing dikenakan kepada 10 pelanggan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, secara keseluruhan pihaknya mengeluarkan sebanyak 18 kompaun semalam ke atas orang ramai yang didapati gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

Selain itu katanya, dua lelaki berusia 61 dan 66 tahun turut ditahan di sekatan jalan raya Sungai Nyior, Butterworth dekat sini kerana cuba merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah tanpa surat kebenaran.

“Sementara itu, lima lelaki berusia 23 hingga 35 tahun yang berkumpul di tempat awam di Bagan Ajam, Butterworth tanpa mengamalkan penjarakan fizikal turut dikompaun,” katanya- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya