Benarkan kerajaan negeri beli vaksin Covid-19 - James Masing - Utusan Malaysia

Benarkan kerajaan negeri beli vaksin Covid-19 – James Masing

JAMES JEMUT MASING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Negeri Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing berharap kerajaan Pusat membenarkan kerajaan negeri membeli vaksin Covid-19.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas mendapati tahap kepantasan pemberian vaksin kepada rakyat Sarawak tidak seperti yang dijangkakan.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri berkata, kerajaan negeri ingin mewujudkan imuniti kelompok di Sarawak secepat mungkin namun permintaan untuk vaksin lebih tinggi dari jumlah bekalan ketika ini.

“Saya mencadangkan supaya benarkan kerajaan negeri Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri lain dan syarikat-syarikat konglomerat membeli vaksin yang disyorkan dari mana-mana sumber antarabangsa.

“Kerajaan tidak boleh meletakkan peraturan atau larangan kepada Sarawak, negeri-negeri atau institusi yang ingin membeli vaksin. Keuntungan ekonomi, tidak boleh menjadi faktor ketika membuat keputusan ini. Kesihatan rakyat mesti diutamakan berbanding ekonomi,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Pada masa sama, James juga meminta supaya klinik atau farmasi yang berdaftar dibenarkan membeli dan memberi vaksin kepada mereka yang mahukannya.

Namun katanya, vaksin mesti diletakkan di bawah senarai barangan harga terkawal.

“Kerajaan mesti menetapkan harga untuk setiap vaksin. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan ini mesti dikenakan hukuman. Penguatkuasaan mesti sangat ketat.

“Kita harus ingat masa sukar ini memerlukan keputusan yang sukar. Jika pembelian vaksin dikuatkuasakan, Malaysia mungkin dapat melandai lekuk Covid-19 dan ancaman virus itu dapat dibendung,” katanya.

Tambah James, Amerika Syarikat (AS) wajar dijadikan contoh kerana berjaya melaksanakan vaksin dengan pantas.

“Kini penggunaan topeng muka di AS tidak lagi wajib bagi mereka yang diberi vaksin di tempat-tempat tertentu.

“Sekiranya AS dengan lebih daripada 200 juta penduduk dapat melakukannya, tidak ada sebab mengapa Sarawak dengan 2.8 juta tidak boleh. Kami mempunyai dana. Benarkan kami gunakannya demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya