Benar pelanggan makan di dalam premis, pemilik kedai makan dikompaun - Utusan Malaysia

Benar pelanggan makan di dalam premis, pemilik kedai makan dikompaun

DUA pelanggan yang makan dalam kedai antara enam individu yang dikenakan kompaun ketika operasi pematuhan SOP PKP di Bahau, Jempol semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Pemilik sebuah kedai makanan di Taman Desa Puteri, Bahau, di sini, dikompaun sebanyak RM10,000 selepas dikesan membenarkan pelanggan makan di dalam premis berkenaan.

Tindakan kompaun diambil semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, semalam.

Dalam operasi pada pukul 11.10 pagi berkenaan, selain pemilik kedai berusia 43 tahun itu, dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun turut dikompaun atas kesalahan makan di dalam kedai dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pemilik premis berkenaan dikompaun atas kesalahan gagal memastikan pelanggan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti membenarkan makan di kedai dan tiada penjarakan fizikal.

“Secara keseluruhannya, dalam operasi yang dilaksanakan semalam, dua premis dikompaun dengan nilai RM10,000 setiap premis dan enam individu, lima daripadanya di kedai makan dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang atas kesalahan pelanggaran SOP PKP.

“Sebuah lagi premis yang dikesan melakukan kesalahan ialah di Pasar Borong Bahau apabila pemilik premis berusia 29 tahun gagal mengehadkan bilangan pelanggan yang berada dalam premis dengan penjarakan satu meter antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya