Bekalan asas di Pulau Pinang dijamin cukup sepanjang PKP - Utusan Malaysia

Bekalan asas di Pulau Pinang dijamin cukup sepanjang PKP

PEJABAT Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang memberi jaminan bekalan harian serta barangan keperluan mencukupi sepanjang PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang memberi jaminan bekalan harian serta barangan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak mencukupi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab Ghapar berkata, berdasarkan kepada pemantauan harian barangan di pasar raya serta peruncit daerah terpilih pada 22 Mei lalu, pihaknya mendapati bekalan antaranya 258,581 kilogram (kg) gula, minyak masak (401,615kg), tepung (60,202kg) dan beras (1,112,330kg) berada dalam simpanan peniaga.

“PPDNHEP Pulau Pinang sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bekalan barangan keperluan untuk memastikan bekalan mencukupi.

“Selain itu, kita juga akan memastikan tiada mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan untuk memanipulasikan bekalan serta cuba menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan yang tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atau Akta Kawalan Bekalan 1961 kepada mereka yang didapati cuba menyorokkan barang kawalan.

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan, sebanyak 24,846 pemeriksaan telah dijalankan pihaknya ke atas premis perniagaan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 357 kes dibuka dengan nilai kompaun berjumlah RM71,300 serta jumlah sitaan bernilai RM394,471 sejak 1 Januari sehingga 24 Mei,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 10,834 pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah dijalankan bermula 8 Mei lalu dengan tiga kes dibuka.

“Kami memohon kerjasama kepada pengguna di negeri ini untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Orang ramai perlu membuat perancangan terutama semasa membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya kerana bekalan asas adalah mencukupi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya