Bekalan air untuk tanam padi dijamin cukup - Utusan Malaysia

Bekalan air untuk tanam padi dijamin cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memberi jaminan kepada pesawah bekalan air mencukupi untuk penanaman padi bagi musim 1/2021 sekarang.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, jadual penanaman padi MADA musim 1/2021 bermula pada Mac dan April lalu untuk petani menjalankan aktiviti penyediaan tanah.

Katanya, tarikh akhir menabur adalah pada 30 April bagi fasa pertama, 14 Mei fasa kedua dan 28 Mei bagi fasa Ketiga.

“Sehingga kini, jumlah takungan air di Empangan Pedu barada di paras 86.7 peratus, takungan air di Empangan Muda 77.1 peratus dan Empangan Ahning pula pada aras 85.30 peratus.

“Jumlah keseluruhan air di ketiga-tiga empangan itu adalah selesa dan pesawahi tidak perlu bimbang mengenai  masalah air untuk pertanian pada musim ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Ahmad Tarmizi, MADA pada masa tertentu akan membekalkan air dari empangan sebagai bekalan sampingan bagi membantu pertumbuhan tanaman padi musim 1/2021 meskipun penanaman padi pada musim ini bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

Bagaimanapun katanya, MADA menasihatkan kepada seluruh pesawah untuk manfaatkan bekalan air hujan serta mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan.

“Pesawah juga disarankan untuk menyahut seruan Kempen Penggunaan Benih Padi Sah yang dilaksanakan oleh MADA dalam menghasilkan padi yang berkualiti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya