Barang keperluan cukup, elak bersesak di pasar raya - Utusan Malaysia

Barang keperluan cukup, elak bersesak di pasar raya

NAZRI Ngah (berdiri depan, dua dari kiri) bersama sukarelawan UMNO Jerantut ketika penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Aidilfitri 2021 dan penduduk terkesan Covid-19 di Bukit Rang, Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan makanan dan barangan keperluan tertentu mencukupi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, untuk itu orang ramai tidak perlu berebut-rebut dan tergesa-gesa memenuhi pasar raya selain membuat pembelian panik.

“Kita memberi jaminan keperluan berkenaan tetap mencukupi walaupun tempoh lockdown dikuatkuasakan selama 14 hari atau dilanjutkan selepas tarikh berkenaan.

“Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau dan membuat pemeriksaan di setiap pasar raya dan peruncit bagi memastikan bekalan mencukupi selain harga keperluan yang telah ditetapkan,” katanya di Bukit Rang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang Aidilfitri 2021 serta mereka yang terkesan Covid-19 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar bersama sukarelawan UMNO Jerantut ke kawasan yang belum menerima bantuan tersebut.

Menurut Nazri, penguat kuasa KPDNHEP negeri dan cawangan daerah juga akan terus membuat pemeriksaan secara harian melibatkan premis perniagaan bagi memastikan tiada kenaikan harga mendadak daripada peniaga.

Dalam pada itu, beliau meminta pengguna supaya jangan bersesak-sesak di pasar raya atau tempat berbelanja yang berkemungkinan mengundang timbulnya kes baharu jangkitan Covid-19.

“Bukan sahaja cara sentuhan, tetapi varian baharu pandemik ini juga telah dikesan merebak melalui udara dan boleh dijangkiti khususnya di kawasan tumpuan ramai.

“Saya amat berharap pengusaha pasar raya dan peruncit memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya