Bapa tidak mengaku bersalah cabul anak berusia lima tahun - Utusan Malaysia

Bapa tidak mengaku bersalah cabul anak berusia lima tahun

Awas jangan terlebih bergurau sehingga mencetuskan gangguan seksual dan anda mungkin boleh dipenjara. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak perempuannya berusia lima tahun, tahun lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mencabul anak kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan dalam bilik di sebuah rumah di Pasir Puteh kira-kira pukul 3 petang, sekitar Mac tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan dua kali sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa sama pada masa dan tempat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan dua kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Faizuan memohon agar mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi lelaki itu.

Tertuduh dalam rayuannya pula memaklumkan dia mempunyai tanggungan anak dan isteri yang kini sedang sakit.

“Saya tidak buat benda ini (cabul anak) dan tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya