Aset, wang tunai RM8.1 juta disita SPRM Kedah - Utusan Malaysia

Aset, wang tunai RM8.1 juta disita SPRM Kedah

SHAHROM Nizam Abd. Manap (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan dalam Program Ziarah Kasih SPRM Kedah di Masjid Ibnu Sina, Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlun, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita aset dan wang tunai membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa dianggarkan bernilai RM8.1 juta sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, jumlah sitaan itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding dua tahun sebelumnya.

Katanya, sepanjang 2019, nilai wang tunai dan aset yang disita serta dilucut hak berjumlah RM2.25 juta diikuti RM2.1 juta pada tahun lalu.

“Pada tahun ini, jumlah sitaan mencecah RM8.1 juta pada Mei dan kami menjangkakan ia akan terus meningkat.

“Ini merupakan bukti betapa kami amat komited dalam membanteras rasuah di negeri ini, justeru semua pihak diharap berhenti daripada melakukan perbuatan yang menghancurkan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan pemberian sumbangan dalam Program Ziarah Kasih SPRM Kedah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah serta sebuah kedai buku ternama di Masjid Ibnu Sina, Kampung Tradisi Lembang Keriang di sini hari ini.

Katanya, setakat ini sebanyak 88 maklumat berhubung kejadian rasuah diterima pihaknya pada tahun ini dengan 47 tangkapan dilakukan.

“Sembilan individu yang ditahan merupakan penjawat awam yang terdiri daripada golongan di peringkat pengurusan dan profesional.

“Jumlah penjawat awam terdiri daripada kakitangan sokongan yang ditahan pula sebanyak 17 orang manakala selebihnya terdiri daripada dua kakitangan swasta dan 17 orang awam,” katanya.

Tambahnya, setakat ini sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka dengan kes terbanyak melibatkan penerimaan rasuah yang disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

“Daripada 33 kertas siasatan yang dibuka, 21 kes telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya