Angka korban Covid-19 catat 59, kes kematian tertinggi - Utusan Malaysia

Angka korban Covid-19 catat 59, kes kematian tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kematian akibat Covid-19 sebanyak 59 orang dengan pertambahan kes positif baharu iaitu 6,806 kes dan 3,916 kes sembuh.

Kes aktif turut menunjukkan peningkatan iaitu 50,171 kes berbanding semalam, 47,430 kes manakala sebanyak 587 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 330 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi 59 kematian, ia melibatkan 14 kes di Johor, 10 kes di Selangor, lapan kes di Kuala Lumpur, enam kes di Kelantan, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga kes di Kedah, Perak, dan Terengganu, dua kes di Sarawak serta masing-masing satu kes di Sabah dan Pulau Pinang. 

Katanya, kes melibatkan 39 lelaki termasuk satu warga asing dan 20 wanita berusia antara 37 hingga 91 kes di mana seramai 42 warga emas melibatkan pelbagai latar belakang penyakit.

“Seramai tujuh kes meninggal di kediaman masing-masing manakala bakinya meninggal di hospital.

“Antara penyakit yang dikesan iaitu jantung, strok, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, obesiti, asma, hati, kanser hati, kanser paru-paru, kanser tulang dan gout,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, rekod Malaysia kali ini adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara sekali gus mengatasi rekod semalam yang dicatatkan sebanyak 46 kematian.

Katanya, kes positif sebanyak 6,806 kes turut menyaksikan Selangor konsisten menjadi penyumbang terbesar kes positif iaitu 2,277 kes di mana, semalam hanya merekodkan 2,252 kes.

“Majoriti negeri juga menunjukkan peningkatan kes positif seperti Selangor dan diikuti Kuala Lumpur, 655 kes; Johor, 615 kes; Sarawak, 608 kes; Kelantan, 426 kes; Kedah, 417 kes; Pulau Pinang, 362 kes; Negeri Sembilan, 291 kes; Perak, 248 kes; Sabah, 245 kes; Terengganu, 233 kes; Melaka, 212 kes dan Pahang, 157 kes.

“Dua wilayah juga menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya, 35 kes dan Labuan, 17 manakala Perlis masih merekodkan kes satu angka iaitu lapan kes,” katanya 

 Dalam perkembangan melibatkan 24 kluster baharu, beliau berkata, sembilan kluster tempat kerja, enam kluster keagamaan, tujuh kluster komuniti manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster pendidikan, masing-masing satu kluster.

Sembilan kluster tempat kerja katanya, Kluster Jalan Bunga Azalea di Hulu Selangor, Selangor, 11 kes; Kluster Jalan Makasar di Kluang, Johor, 27 kes; Kluster Teknologi Juru di Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang, 20 kes dan Kluster Jalan Kampung Juru melibatkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 12 kes.

“Lima lagi iaitu Kluster Lorong Karamunsing melibatkan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Tuaran, Sabah, 28 kes; Kluster Jalan Tun Fuad melibatkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah, 11 kes; Kluster Jalan Pengalat Lok Kawi melibatkan Papar dan Kota Kinabalu, Sabah, 16 kes; Kluster Jalan Dato Dol Said melibatkan Alor Gajah dan Jasin, Melaka, 27 kes dan Kluster Bukit Tempayan di Melaka Tengah, Melaka, 11 kes.

“Tujuh kluster komuniti iaitu Kluster Kenyalang Park melibatkan Kuching dan 

Samarahan, Sarawak, 27 kes; Kluster Kampung Tebakang di Serian, Sarawak, 18 kes; Kluster Dah Insun melibatkan Pendang dan Kuala Muda, Kedah, 35 kes; Kluster Padang Lalang Dua di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, 10 kes; Kluster Batu Lapan Bukit Rambai melibatkan Melaka Tengah dan Jasin, Melaka, 12 kes; Kluster Jalan Dara di Maran, Pahang, 11 kes dan Kluster Sri Tanjung di Bentong, Pahang, 17 kes,” katanya.

Tambahnya, enam kluster keagamaan iaitu Kluster Jalan Iskandar di Klang, Selangor, 13 kes; Kluster Taman Sri Muda di Klang, Selangor, 16 kes; Kluster Jalan Perwira Lapan di Johor Bahru, Johor, 18 kes; Kluster Taman Maju Jaya di Batu Pahat, Johor, 12 kes; Kluster Dah Berapit melibatkan Kuala Muda dan Kulim, Kedah, 36 kes; Kluster Jalan Kretam Silimpopom di Kalabakan, Sabah, 42 kes.

“Bagi Kluster Tok Dor adalah kluster kluster kumpulan berisiko tinggi melibatkan Kuala Nerus Setiu dan Besut, Terengganu, 25 kes manakala kluster pendidikan pula, Kluster Kandis di Bachok, Kelantan, 25 kes,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya