Ancaman bot pukat Apollo masih berterusan - Utusan Malaysia

Ancaman bot pukat Apollo masih berterusan

PANGKALAN nelayan Sungai Belanak, Seberang Perai, Pulau Pinang yang diancam aktiviti bot pukat Apollo sehingga menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengambil tindakan segera membanteras aktiviti pencerobohan bot pukat Apollo di perairan negeri ini yang semakin serius ketika ini.

Berikutan masalah itu, lebih 500 nelayan pantai terjejas pendapatan melebihi 50 peratus setiap kali turun ke laut kerana ikan, udang dan ketam yang menjadi sumber tangkapan utama semakin pupus.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan pihaknya mendapati bot pukat Apollo yang berpangkalan di Perak itu sering menceroboh pada waktu malam dengan menjadikan kawasan 0.5 batu nautika dari pantai Senagai tempat mereka beroperasi.

Jelas beliau, antara nelayan pantai yang menjadi mangsa aktiviti bot pukat Apollo itu ialah dari Kuala Juru, Sungai Haji Din, Sungai Belanak dan Pantai Jerjak.

“Selain hasil tangkapan merosot teruk, nelayan pantai terbabit juga turut mengalami kerugian kerana pukat mereka rosak dilanda oleh bot-bot pukat Apollo berkenaan. Ada kalangan nelayan terbabit terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menyara kehidupan keluarga akibat terputus mata pencarian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohideen, CAP kesal dengan kejadian itu dan bersimpati nasib nelayan yang sejak sekian lama menghadapi kesusahan kerana masalah tersebut.

Tambahnya, masalah itu telah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu dan dibantah ribuan nelayan pantai di Perak dan Pulau Pinang sebelum ini.

Ini kerana jelasnya, aktiviti pukat Apollo itu memberi kesan buruk ke atas sumber perikanan dan kehidupan nelayan tetapi malangnya sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil oleh pihak berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya