Anak Timbalan Yang Dipertua jual tengkolok - Utusan Malaysia

Anak Timbalan Yang Dipertua jual tengkolok

MOHAMAD IZZUDDIN (kanan) dan Khairul Nizam Omar (dua dari kiri) bersama dua pembantunya, Ahmad Zikri Ayad serta Mohamad Kamil Zulkifli menunjukkan pelbagai tengkolok yang dijual di Bazar Ramadan Mega Aidilfitri Pantai Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perasaan malu tidak pernah terbit di fikiran Mohamad Izzudin, 25, anak kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad untuk berniaga tengkolok di Bazar Ramadan Aidilfitri Pantai Klebang, dekat sini.

Dia tidak pernah meletakkan kedudukan bapanya itu yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu sebagai halangan untuk berniaga bersama abang iparnya, Khairul Nizam Omar.

Mohamad Izzuddin anak keempat daripada enam beradik berkata, bapanya tidak menghalang niatnya untuk membuka gerai di situ sejak 1 Ramadan lalu.

“Saya tidak pernah meletakkan kedudukan ayah sebagai penghalang untuk berniaga sepanjang Ramadan ini, walaupun bukan di premis mewah seperti anak-anak orang kenamaan lain.

“Alhamdulillah, ayah menyokong saya berniaga tengkolok. Dia juga banyak memberi dorongan apabila saya dan Khairul Nizam suarakan hasrat untuk berniaga di Bazar Ramadan Aidilfitri Pantai Klebang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut Mohamad Izzuddin, perniagaan yang dikongsi bersama itu mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka yang gemar memakai tengkolok atau sekadar menyimpan sebagai hiasan.

Sementara itu, Khairul Nizam yang berkahwin dengan anak kedua Mohamad Ali, Nurizzati, berkata, tengkolok dipilih kerana ia jarang dijual peniaga lain.

“Untuk mencari orang berpengalaman menyolek tengkolok menggunakan kain songket adalah sukar selain harganya pula mahal.

“Harga yang ditawarkan adalah serendah RM60 hingga RM150. Bagi yang membeli lebih daripada satu, kita akan memberikan harga istimewa,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya