Anak murung serang bapa dengan pisau selepas disuruh jamah juadah hari raya - Utusan Malaysia

Anak murung serang bapa dengan pisau selepas disuruh jamah juadah hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja berusia 17 tahun yang mengalami kemurungan bertindak agresif menyerang bapanya dengan pisau sehingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Alma Jaya,  di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, remaja berkenaan dikatakan bertindak sedemikian selepas diminta ibunya untuk menjamah juadah hari raya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, marah dengan permintaan ibunya itu, remaja berkenaan kemudian mangambil sebilah pisau pemotong buah di dapur dan menyerang bapanya yang turut berada di rumah mereka.

Akibat kejadian itu tambah beliau, mangsa yang berusia 60 tahun mengalami luka ringan pada bahagian perut sebelah kiri dan ibu jari kiri namun kini dilaporkan stabil.

Shafee menambah, siasatan pihaknya mendapati remaja berkenaan yang merupakan penuntut tahun dua di sebuah kolej vokasional di sini sedang mendapatkan rawatan psikiatrik kerana mengalami masalah kemurungan dan mental sejak tahun lalu.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan juga mendapati negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya