Aidilfitri: Daging kerbau dapat sambutan - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Daging kerbau dapat sambutan

ORANG ramai berpusu-pusu mendapatkan daging kerbau yang dijual di jalan utama di pekan Rantau, Seremban hari ini. -UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun perayaan Aidilfitri di seluruh negara akan disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan terhadap daging lembu dan kerbau di negeri ini tetap mendapat sambutan.

Seorang pengusaha daging kerbau, Mohd. Rezali Mat Shah, 33, berkata, sempena hari ‘Mantai’ yang telah bermula di negeri ini hari ini, sebanyak 500 kilogram daging lembu dan kerbau dijualnya habis sejak semalam di pekan Rantau, dekat sini.

Dia yang mula berniaga sejak pagi semalam memberitahu, sambutan terhadap daging jualannya daripada penduduk sekitar disifatkannya sebagai luar biasa.

“Saya mula menjual sejak pagi semalam, hari ini saya sudah habis menjual kesemua daging ini.

“Sepanjang dua hari ini, saya mampu menjual sebanyak 500 kilogram daging lembu dan kerbau. Daging lembu pejal saya jual pada harga RM35 sekilogram manakala daging kerbau sebanyak RM38 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Rantau, di sini semalam.

Mohd. Rezali memberitahu, dia mula menerima tempahan daging sejak tiga hari lalu dan mula membuat persiapan awal bagi memastikan daging yang dijual mencukupi.

“Pada tahun ini, saya menyembelih dua ekor lembu dan lima ekor kerbau bagi memastikan daging mencukupi untuk penduduk sekitar. Alhamdullilah hari ini semua daging saya habis terjual.

“Kebanyakan pelanggan saya membeli daging dan tulang lebih awal bagi mengelakkan kehabisan daging di saat akhir. Seawal pagi lagi gerai daging saya mula menerima kedatangan pelanggan bagi mendapatkan daging lembu dan kerbau segar,” katanya yang mewarisi perniagaan ayahnya sejak 30 tahun lalu.

Dia yang mempunyai kandang pemiliharaan kerbau di Kampung Pening, Rantau itu memberitahu, dia mampu mencapai nilai jualan sebanyak RM18,000 sepanjang dua hari tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya