Ahmad Zahid lanjut kontrak perjanjian UKSB urus sistem VLN, OSC - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid lanjut kontrak perjanjian UKSB urus sistem VLN, OSC

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Saksi ketiga pendakwaan bagi kes rasuah membabitkan Bekas Timbalan Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melanjutkan perjanjian Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) sebagai pengendali berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) walaupun kontrak syarikat itu masih berbaki beberapa tahun lagi.

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Siti Jalilah Abd. Manap berkata, bagi sistem VLN, kerajaan telah memeterai perjanjian UKSB membekalkan VLN selama enam tahun bermula 1 November 2013 hingga 31 Oktober 2019 dengan caj pemprosesan sebanyak RM105.

Siti Jalilah,49, yang memegang jawatan itu selama dua tahun sehingga 2018 berkata, bagaimanapun, pada 27 Oktober 2016, beliau telah menerima surat iringan daripada pejabat Menteri Dalam Negeri yang dilampirkan bersama surat daripada UKSB memohon kelulusan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan VLN dan e-VISA untuk tempoh enam tahun.

“Malah, berdasarkan surat bertarikh 17 Oktober 2017, pihak UKSB telah memohon agar perjanjian VLN dilanjutkan sehingga enam tahun iaitu dari 31 Oktober 2019 sehingga akhir tahun 2025. Pihak UKSB telah memohon perlanjutan kontrak terlalu awal iaitu sekitar tiga tahun sebelum tarikh kontrak tamat.

“Berdasarkan klausa 2.2.1 Perjanjian Sistem VLN yang dimeterai sebelum ini, UKSB boleh memohon perlanjutan tempoh kontrak tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh kontrak tamat. Perbincangan telah dibuat berhubung perkara ini dan tindakan susulan adalah perlu untuk mengkaji keperluan pelanjutan UKSB .
“Surat UKSB telah diminitkan oleh Ahmad Zahid dengan memaklumkan berpuas hati dengan UKSB dan mohon dilanjutkan pelaksanaan kontrak VLN DAN e-Visa selama enam tahun sehingga 2025.

“Lanjutan daripada surat UKSB, Bahagian Hal-Ehwal Imigresen KDN telah menyediakan satu minit ceraian untuk mendapatkan arahan daripada Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri berhubung dengan pelanjutan tempoh perjanjian pelaksanaan VLN dan e-VISA.

“Ahmad Zahid pada 1 Mac 2017 bersetuju agar kontrak VLN disambung selama enam tahun. Bagaimanapun, kadar siling kutipan caj VLN dan terma kontrak bagi tujuan perlanjutan perlu dirunding semula dengan mengambil kira profit sharing dengan Kerajaan hasil daripada kutipan caj VLN,” katanya membacakan kenyataan bertulis di hadapan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa selepas di sini hari ini.

Terdahulu, perbicaraan kes Ahmad Zahid terpaksa ditangguh lebih awal susulan status MySejahtera salah seorang peguam pasukan pembelaan, Aiman Abdul Rahman bertukar kepada kontak rapat dengan simptom.

Mengulas lanjut berhubung OSC pula, Siti Jalilah yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Urusetia Lembaga Parol, Pegawai Tadbir Diplomatik KDN menjelaskan, pelaksanaannya di Republic Rakyat China (PRC) di bawah UKSB adalah selama enam tahun bermula 15 Mei 2012 hingga 14 Mei 2018.

Jelasnya, namun pada 16 Mei 2017, pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu surat iringan yang melampirkan surat daripada UKSB bertajuk memohon kelulusan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan OSC bagi kemudahan visa.

“Surat UKSB ini telah diminitkan oleh Ahmad Zahid dengan memaklumkan supaya melanjutkan kontrak OSC enam tahun lagi sehingga 15 Mei 2024. Pada 16 Jun 2017, pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu surat iringan yang melampirkan surat daripada UKSB berhubung cadangan lanjutan kontrak VLN.

“Surat UKSB telah diminitkan kepada Ahmad Zahid iaitu menyambung kontrak OSC China hanya tiga tahun sehingga 2021 dan disegerakan tanpa perlu membawa ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kabinet.

“Minit ceraian disediakan bagi memaklumkan tatacara kontrak OSC kepada Ahmad Zahid dengan mengemukakan beberapa syor seperti pelanjutan tempoh kontrak VLN dibawa untuk pertimbangan UKAS, JPM bagi mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri dan perjanjian kontrak OSC China disediakan berdasarkan draf perjanjian kontrak OSC sedia ada yang telah diluluskan PUU KDN pada Jun 2017.

“Minit ini ditandantangani Ahmad Zahid dengan pada ruangan keputusan mencatat diluluskan lanjutan sehingga tahun 2021 tanpa dibawa ke UKAS atau MJM (Majlis Jemaah Menteri) seperti persetujuan dalam VLN terdahulu”,” ujarnya.

Perbicaraan ditangguhkan dan bersambung pada Selasa hadapan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN