938 sekolah di Selangor diarah tutup - Utusan Malaysia

938 sekolah di Selangor diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua 938 sekolah rendah dan menengah di negeri ini diarahkan tutup bermula esok sehingga cuti hari raya Aidilfitri yang diumumkan pada 26 April lalu.

Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail berkata, Kementerian Pendidikan mengambil maklum keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) pada hari ini.

Menurutnya, mesyuarat telah mengesyorkqn supaya sekolah ditutup bermula esok hingga 12 Mei dalam mengurangkan pergerakan dalam komuniti disebabkan peningkatan kes Covid-19.

“Oleh demikian, sesi persekolahan secara bersemuka yang hanya berbaki dua hari ini, kementerian memutuskan semua sekolah ditutup bermula esok dan berterusan sehingga cuti hari raya Aidilfitri.

“Pergerakan pulang murid asrama pula adalah seperti yang dijadualkan pihak sekolah. Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah tersebut ialah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang.

Bagaimanapun, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dikenakan PKP Bersyarat (PKPB). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN