6,999 kes positif; 78,017 kes aktif; 79 kematian - Utusan Malaysia

6,999 kes positif; 78,017 kes aktif; 79 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,999 kes selepas merekodkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan melepasi 9,000 kes iaitu 9,020 kes, semalam.

Ia sekali gus mengatasi 5,121 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,477 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 79 kematian dan 17 kluster manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 78,017 kes berbanding semalam, 76,218 kes.

Katanya, sebanyak 846 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang tertinggi, ia diikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468), Johor (433), Kedah (422), Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190) dan Labuan (133).

“Putrajaya pula hanya merekodkan 13 manakala Perlis, tujuh kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya