6,806 kes positif, Selangor catat 2,277 kes - Utusan Malaysia

6,806 kes positif, Selangor catat 2,277 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 iaitu 6,806 kes berbanding semalam, 6,075 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbabit turut menyaksikan Selangor konsisten menjadi penyumbang terbesar kes positif iaitu 2,277 kes di mana, semalam hanya merekodkan 2,252 kes.

Katanya, rekod Malaysia kali ini adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara sekeli gus mengatasi rekod semalam yang dcatatkan tertinggi.

“Majoriti negeri juga menunjukkan peningkatan kes positif seperti Selangor dan diikuti Kuala Lumpur, 655 kes; Johor, 615 kes; Sarawak, 608 kes; kelantan, 426 kes; Kedah, 417 kes; Pulau Pinang, 362 kes; Negeri Sembilan, 291 kes; Perak, 248 kes; Sabah, 245 kes; Terengganu, 233 kes; Melaka, 212 kes dan Pahang, 157 kes.

“Dua wilayah juga menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya, 35 kes dan Labuan, 17 manakala Perlis masih merekodkan kes satu angka iaitu lapan kes,” katanya dalam satu ciapan di Twitter rasminya, hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan Malaysia merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 yang mendadak iaitu 6,075 kes sekali gus mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan pada 31 Januari 2021 iaitu 5,728 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, rekod kali ini adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara manakala kes sembuh pula, 3,516 kes.

“Sebanyak 46 kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 47,430 kes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya