5 lokaliti di Sabah kena PKPD - Utusan Malaysia

5 lokaliti di Sabah kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lima lagi lokaliti yang berbeza di Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak selama tempoh 14 hari bermula lusa.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya melibatkan dua penempatan masing-masing terletak di dua daerah berlainan dalam Bahagian Tawau iaitu Kampung Assam di Lahad Datu dan Taman Pelangi di Semporna susulan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19.

Tidak ketinggalan dikenakan PKPD di negeri itu ialah dua perkampungan di Daerah Kota Belud, Bahagian Pantai Barat yang dikenal pasti berisiko kerana faktor kepadatan penduduk.

Ia ujar beliau, melibatkan Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut susulan 20 kes positif wabak itu dikesan hanya dalam tempoh 10 hari dan dibimbangi menular di luar.

“Satu lagi lokaliti di Sabah yang dilaksanakan PKPD ialah Kampung Tanjung Kapor, Bahagian Kudat dan dibuat dalam usaha menyekat penularan di luar lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, PKPD yang membabitkan dua lokaliti di Mukim Jitra, Daerah Kubang Pasu, Kedah dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 14 Jun melibatkan Bandar Darulaman dan Lubuh Kawah.

Bagaimanapun katanya, PKPD yang dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan tujuh lokaliti di Sempalit dalam Daerah Raub, Pahang pula ditamatkan lebih awal susulan berlaku penurunan kes dan tiada kes baharu sejak 21 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya