5 lelaki ditahan guna laluan tikus Kuantan-Kemaman - Utusan Malaysia

5 lelaki ditahan guna laluan tikus Kuantan-Kemaman

ANTARA lima lelaki yang dikompaun kerana menggunakan laluan tikus di Kampung Paya Berenjut di Kemaman, kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tindakan lima lelaki dari Kuantan, Pahang menggunakan laluan tikus untuk memasuki negeri ini mengundang padah apabila mereka ditahan di Kampung Paya Berenjut di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 59 tahun itu turut dikompaun RM5,000 setiap seorang.

“Ketika ditahan, mereka gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran rentas negeri dan memberikan alasan mahu membeli barangan makanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk diambil keterangan sebelum dikompaun.

Katanya, laluan tikus itu dikesan digunakan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan Pahang-Terengganu untuk mengelak sekatan jalan raya (SJR) di pintu sempadan negeri.

“Saya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan mematuhi larangan rentas negeri dan daerah bagi mengelak dikompaun,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya