4,865 kes positif; 3,497 kes sembuh; 47 kematian - Utusan Malaysia

4,865 kes positif; 3,497 kes sembuh; 47 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan semula kes positif baharu Covid-19 yang hampir mencecah 5,000 kes iaitu 4,865 kes manakala kes sembuh menurun kepada 3,497 kes berbanding semalam, 3,990 kes.

Sebanyak 47 kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 44,827 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 531 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 277 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan peningkatan kes apabila menghampiri 2,000 kes iaitu 1,743 kes diikuti Sarawak, 512 kes; Kuala Lumpur, 477 kes; Johor, 407 kes; Kelantan, 406 kes; Kedah, 244 kes; Pulau Pinang, 220 kes; Perak, 160 kes; Terengganu, 156 kes; Pahang, 152 kes; Negeri Sembilan, 149 kes dan Melaka, 127 kes.

“Hanya Sabah merekodkan kes dua angka iaitu 95 kes manakala Putrajaya, sembilan kes; Labuan, enam kes dan Perlis, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya