4,446 kes positif; 2,784 kes sembuh; 45 kematian - Utusan Malaysia

4,446 kes positif; 2,784 kes sembuh; 45 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan semula kes positif baharu Covid-19 melebihi 4,000 kes iaitu 4,446 kes berbanding semalam, 3,780 kes manakala kes sembuh merekodkan hanya 2,784 kes.

Sebanyak 45 kematian dan 14 kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan 43,506 kes berbanding semalam, 41,889 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 522 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 273 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi melebihi 1,000 kes iaitu 1,650 kes diikuti Sarawak, 433 kes; Johor, 391 kes; Kelantan, 343 kes; Kuala Lumpur, 297 kes; Negeri Sembilan, 243 kes; Kedah, 236 kes; Perak, 203 kes; Terengganu, 201 kes; Pulau Pinang, 159 kes dan Pahang, 139 kes.

“Hanya dua negeri dan satu wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Melaka, 80 kes; Sabah, 60 kes serta Putrajaya, 11 kes manakala Perlis dan Labuan, masing-masing sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya