4 peniaga positif Covid-19, Pasar Awam Jelutong ditutup - Utusan Malaysia

4 peniaga positif Covid-19, Pasar Awam Jelutong ditutup

PASAR awam Jelutong, Pulau Pinang diarahkan tutup serta-merta hari ini berikutan empat peniaga di situ dikesan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pasar Awam Jelutong di sini diarah tutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan diumumkan kelak selepas empat peniaga di situ dikesan positif Covid-19. 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, penutupan itu dibuat serta-merta bagi menjaga keselamatan awam dan proses sanitasi akan segera dijalankan di pasar berkenaan. 

“Seramai 60 peniaga di dalam pasar, 186 gerai tapak penjaja sementara (TPS) di Jalan Penaga dan Jalan Ipoh serta 32 penjaja statik sementara Lorong Ipoh terlibat dengan arahan penutupan ini. 

“Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan selanjutnya ke atas peniaga-peniaga di pasar ini,” katanya ketika sidang akhbar menerusi aplikasi Zoom di sini hari ini. 

Menurut Tung Seang, pembukaan semula pasar berkenaan akan diumumkan menerusi media sosial rasmi MBPP. 

“Kami ingin menyeru orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19. 

“Pastikan hanya mereka yang berisiko rendah memasuki premis-premis di bawah seliaan MBPP,” katanya. 

Tambah beliau, sekiranya tiada keperluan orang ramai digalakkan untuk terus berada di rumah bagi keselamatan semua pihak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya