3K kunci kejayaan KRT Bukit Rambai - Utusan Malaysia

3K kunci kejayaan KRT Bukit Rambai

AHMAD Nor Iman Syawal (kiri) menerima replika cek daripada Mohamad Ali Mohamad sambil diperhatikan Ismail Othman dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Abu Bakar Md. Diah di Baitul Tariq, Klebang, Melaka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Konsep 3K menjadi kejayaan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Rambai apabila dinobatkan juara Anugerah Perdana bagi kategori Pengurusan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Terbaik 2020.

Kejayaan paling manis dan tidak diduga itu membolehkan KRT Taman Bukit Rambai menerima geran bernilai RM10,000.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya, Ahmad Nor Iman Syawal, 36, berkata, konsep 3K yang diamalkan iaitu kekeluargaan, ketelusan dan keutuhan telah diterap dalam kalangan 115 ahlinya, sejak SRS ditubuhkan pada 2016.

“Kita pernah muncul naib juara Perdana Kebangsaan kategori yang sama pada 2018. Itu membuktikan konsep 3K yang diamalkan membolehkan kami muncul juara SRS tahun 2020.

“Saya mewakili KRT Taman Bukit Rambai mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana atas kesungguhan mereka kita muncul juara kebangsaan dan menerima geran sebanyak RM10,000,” katanya.

Penyerahan replika cek disampaikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pada Majlis Penyerahan Geran KRT 2021 dan majlis berbuka puasa pengerusi KRT daerah Melaka Tengah di Dataran Baitul Tariq, Klebang dekat sini.

Ahmad Nor Iman yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam berkata, geran yang diterima akan digunakan untuk mempertingkatkan beberapa kemudahan di KRT taman tersebut.

“Kita juga akan mempertingkatkan SRS untuk memastikan kawalan keselamatan dalam kalangan 1,400 penduduk di Taman Bukit Rambai tidak terabai,” katanya.

Terdahulu Habibah dalam ucapannya berkata, geran bagi tahun ini berjumlah RM684,000 sedang diagihkan kepada 114 KRT di Melaka Tengah.

Menurutnya, setiap KRT menerima geran RM6,000 dan wang tersebut harus digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengurusan dan menambah keahlian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN