PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 menghampiri 4,000 iaitu 3,973 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 2,848 kes.
Sebanyak 13 kluster dan 22 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 38,499 kes berbanding semalam, 37,396 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 453 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 224 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi iaiti 1,328 kes diikuti Sarawak, 512 kes; Kuala Lumpur, 483 kes; Johor, 384 kes; Kelantan, 321 kes; Pulau Pinang, 187 kes; Kedah, 174 kes; Perak, 140 kes dan Negeri Sembilan, 126 kes.
“Baki negeri merekodkan kes di bawah dua angka iaitu Terengganu, 93 kes; Pahang, 85 kes; Melaka, 79 kes serta Sabah, 50 kes manakala Putrajaya, lapan kes dan Labuan, tiga kes,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini.