PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 menghampiri 4,000 kes iaitu 3,807 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 3,454 kes.
Sebanyak 17 kematian kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 37,396 kes berbanding semalam iaitu 37,060 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 434 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 224 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes positif baharu tertinggi iaitu 1,149 kes diikuti Sarawak, 649 kes; Kelantan, 329 kes; Kuala Lumpur, 320 kes; Johor, 257 kes; Pulau Pinang, 245 kes; Kedah, 224 kes; Negeri Sembilan, 144 kes dan Perak, 119 kes.
“Baki negeri yang tidak, merekodkan kes tiga angka iaitu Sabah, 96 kes; Terengganu, 93 kes; Melaka, 88 kes; Pahang, 77 kes serta Putrajaya, 11 kes manakala Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.