Sejumlah 37 dikompaun gagal patuh SOP PKPP - Nor Omar

37 dikompaun gagal patuh SOP PKPP

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan terhadap pematuhan SOP PKPP di sebuah premis di Sitiawan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seramai 37 orang termasuk pemilik premis makanan dikompaun berjumlah RM56,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam satu pemeriksaan di Sitiawan dekat sini malam tadi.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 11 malam itu, kesemua 36 pelanggan  dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP iaitu tiada penjarakan sosial.

Sementara pemilik premis dikompaun  RM2,000 kerana gagal melaksanakan tindakan memenjarakan sosial dan mengehadkan bilangan kehadiran pelanggan dalam premis dengan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter radius dalam sesuatu masa. 

NOR OMAR SAPPI

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan itu dilakukan sepasukan Team Task Force Pematuhan SOP PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis berusia 39 tahun dan pelanggan iaitu 21 lelaki dan 15 perempuan berusia 18 hingga 42 tahun gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kompaun dikeluarkan di bawah kesalahan tidak melakukan langkah pencegahan (Peraturan 17) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021 (NO. 3),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nor Omar,  pihak MPM juga telah mengambil tindakan menutup premis tersebut kerana gagal mematuhi SOP. 

Jelasnya, pemilik premis turut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat – Tempat Hiburan (EHDTTH) kerana melakukan aktiviti karaoke tanpa lesen hiburan semasa pemeriksaan dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya