3,418 kes positif; 2,698 kes sembuh; 12 kematian - Utusan Malaysia

3,418 kes positif; 2,698 kes sembuh; 12 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,418 kes berbanding semalam, 2,881 kes sekali gus terus mengatasi kes sembuh iaitu 2,698 kes.

Sebanyak 12 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 30,339 kes berbanding semalam 29,631 kes manakala kelmarin, 29,227 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 345 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 175 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor merekodkan kes tertinggi yang melebihi 1,000 kes iaitu 1,200 kes diikuti Sarawak, 587 kes; Kelantan, 400 kes; Johor, 213 kes; Kuala Lumpur, 198 kes; Terengganu, 184 kes; Pulau Pinang, 145 kes; Sabah, 115 kes dan Kedah, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Perak, 77 kes; Negeri Sembilan, 73 kes; Melaka, 61 kes dan Pahang, 45 kes.

“Manakala Putrajaya, lapan kes; Labuan, tujuh kes dan Perlis, empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN