31 pokok tumbang akibat ribut di Pantai Remis - Utusan Malaysia

31 pokok tumbang akibat ribut di Pantai Remis

ANGGOTA bomba memotong pokok yang tumbang merintangi jalan akibat ribut di Pantai Remis semalam. - GAMBAR /IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Hujan lebat dan ribut yang melanda di kawasan Pantai Remis dekat sini malam tadi mengakibatkan berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8 malam dan menggerakkan sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Mohd. Akmal Hussin dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat diterima mendapati terdapat 24 kes pokok tumbang merintangi jalan berlaku di sekitar Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

“Selain itu, terdapat tujuh kes pokok tumbang mengenai rumah bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam semua kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan itu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis melakukan operasi pemotongan dan pengalihan pokok yang terlibat.

Katanya, operasi pemotongan dilakukan menggunakan gergaji mesin manakala jentera berat digunakan untuk mengalihkan batang dan dahan pokok yang sudah dipotong itu dari kawasan jalan raya dan jalan kampung ke tempat selamat.

Beliau berkata, operasi itu tamatcpada pukul 4.32 pagi tadi dan semua jalan raya dan jalan kampung terlibat kini sudah boleh digunakan semula. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya