22 kompaun terhadap individu cuba rentas negeri - Utusan Malaysia

22 kompaun terhadap individu cuba rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan pihak polis terhadap individu yang didapati rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemeriksaan teliti dijalankan di SJR bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

Katanya, beliau turut memantau keadaan di Plaza Tol Gombak di sini bermula pukul 5 petang semalam hingga 1 pagi hari ini bagi memastikan setiap kenderaan yang melalui laluan berkenaan diperiksa dengan teliti.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati kebanyakan individu yang diperiksa mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan majoritinya melibatkan urusan balik dari universiti serta pusat pendidikan lain.

“Hasil pemeriksaan teliti semalam, sebanyak 22 kompaun dikenakan terhadap individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Arifai berkata, kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan tidak begitu serius jika dibandingkan pada waktu perayaan pada tahun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujarnya, pihak beliau mendapati kesesakan di laluan tersebut hanya sepanjang tiga kilometer.

“Kebiasaannya, pada tahun sebelum ini (sebelum PKP), kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan lebih teruk iaitu sehingga 20 hingga 30 kilometer meskipun tiada SJR dilakukan di Plaza Tol Gombak,” katanya.

Beliau mengulas status di Facebook dimuat naik individu yang mendakwa Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur sesak teruk, semalam.

Individu berkenaan seolah-olah mendakwa kenderaan yang melalui laluan berkenaan pulang semula ke Lembah Klang selepas beraya di Pantai Timur.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya