PETALING JAYA: Sebanyak 2,147 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) bergerak pulang ke kampung halaman susulan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) sebelum ini.
UPNM dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut, 797 orang mahasiswa pulang dengan menggunakan bas sewa khas, 1,285 orang menggunakan kenderaan keluarga dan 47 orang menggunakan penerbangan komersial.
“Selain itu, 18 orang mahasiswa pulang ke Sabah dengan menggunakan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM )
“Pergerakan pelajar ke rumah masing-masing mengikut beberapa fasa bermula pada 7 sehingga 12 Mei 2021 manakala bagi pergerakan balik ke kampus bermula 15-20 Mei 2021,” katanya di sini hari ini.
Turut hadir mengiringi pelepasan mahasiswa Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.-UTUSAN ONLINE