2 wanita antara 11 ditahan terbabit judi loteri, online haram - Utusan Malaysia

2 wanita antara 11 ditahan terbabit judi loteri, online haram

ANTARA barang yang dirampas polis dalam operasi menggempur kegiatan judi loteri dan online haram di 10 buah premis di sekitar SPU, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Dua wanita antara 11 individu yang ditahan polis dalam operasi menggempur kegiatan judi loteri awam haram di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini semalam.

Operasi selama kira-kira enam jam itu berakhir pada pukul 6.30 petang membabitkan 41 pegawai dan anggota dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam operasi itu, sebanyak 10 premis termasuk sebuah kereta yang dijadikan tempat operasi judi haram diserbu.

Katanya, kesemua suspek yang berusia di antara 20 hingga 62 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram dan perjudian online.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas beberapa peralatan seperti pen, kalkulator, slip kertas bercetak angka disyaki berkaitan judi loteri awam haram, pencetak mini, telefon bimbit dan sebuah kereta.

“Polis juga akan meminta pihak Tenaga Nasional Bhd. (TNB) membuat pemotongan bekalan elektrik di premis terbabit bagi mengelakkan kegiatan sama berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Noorzainy turut meminta orang awam menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan haram berkenaan melalui sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) atau menghubungi talian 04-5762222.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya