2 orang keluar rumah sekitar 10 kilometer - Utusan Malaysia

2 orang keluar rumah sekitar 10 kilometer

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekatan pergerakan penuh mulai Selasa ini akan kembali hampir menyerupai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang mula dilaksanakan julung kali pada tahun lalu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk jarak pergerakan individu yang dibenarkan cuma meliputi lingkungan 10 kilometer sahaja dari kediaman.

“Namun, PKP 3.0 membolehkan dua orang mewakili isi rumah keluar bagi membeli bekalan makanan dan keperluan asas berbanding cuma seorang ketika PKP 1.0 sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran diberi untuk tujuan kesihatan, perubatan, saringan dan kecemasan dengan tiga orang termasuk pesakit dibenar dalam satu kenderaan.

“Begitu juga bilangan penumpang dalam teksi atau perkhidmatan e-panggilan dihad kepada seorang dengan penumpang itu perlu jarak iaitu duduk kerusi di belakang,” katanya.

Katanya, tidak ketinggalan pengangkutan awam darat dan air dibenarkan tetapi hanya 50 peratus kapasiti penuh dengan waktu operasi tertakluk kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

Ekoran sekatan kali ini, aktiviti sukan dan rekreasi juga hanya secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal dengan terhad kepada kegiatan joging dan senaman sahaja.

Bagaimanapun jelasnya, upacara akad nikah bagi pasangan pengantin Islam dibenarkan di pejabat agama dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama tempatan.

“Solat fardu di masjid dan surau serta aktiviti rumah ibadat bukan Islam pula terhad 12 orang ahli jawatankuasa premis itu tanpa ada kehadiran jemaah dari luar,” katanya.

Operasi taska, tabika, tadika swasta termasuk di sekolah antarabangsa pula adalah tidak dibenarkan kecuali tadika untuk petugas barisan hadapan dan ibu bapa yang perlu bekerja.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua surat kebenaran perjalanan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini akan terbatal berkuat kuasa Selasa ini.

Menurutnya, permohonan baharu bagi tujuan tersebut perlu dikemukakan kepada kementerian berkaitan selepas pada tarikh itu.

Ismail Sabri berkata, dengan arahan lebih tegas kali ini, kebenaran merentas daerah atau negeri bagi pasangan jarak jauh (PJJ) juga tidak dibenarkan selama dua minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya