1,477 pelajar PUO pulang beraya - Utusan Malaysia

1,477 pelajar PUO pulang beraya

PELAJAR PUO Ipoh meninggalkan kampus untuk pulang beraya sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 1,477 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini telah meninggalkan kampus bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing sejak Jumaat lalu.

Pergerakan pulang semua pelajar berkenaan menggunakan perkhidmatan bas, kenderaan sendiri atau dijemput oleh ahli keluarga.

Pengarah PUO, Mohd. Fisal Haroon berkata, sebanyak sembilan buah bas disediakan pihaknya bagi membawa 330 pelajar ke destinasi masing-masing mengikut zon ditetapkan iaitu selatan, utara, tengah dan timur.

Menurutnya, pelajar bagi zon utara dan tengah, mula bergerak balik pada pukul 8.30 pagi manakala zon lain pada pukul 9 malam hari yang sama.

“Kebenaran ini adalah mengikut arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua pelajar turut diingatkan untuk sentiasa patuh dengan arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mencegah penularan wabak Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum itu, pengedaran surat pelepasan perjalanan rentas negeri telah diberikan oleh pihak pengurusan PUO kepada pelajar-pelajar yang pulang untuk beraya.

Pergerakan pelajar secara berfasa itu ditetapkan daripada 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Hanya pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan pulang, manakala mereka yang berada di bawah PKP Diperketatkan (PKPD) perlu terus berada di kawasan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya