12 pegawai kanan PDRM bertukar - Utusan Malaysia

12 pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe antara 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertukar berkuat kuasa 21 Jun depan.

Arifai akan bertukar ke Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/ Perundangan/ Kajian Kes) bagi menggantikan Asisten Komisioner Che Mohd. Azemin Che Lah manakala jawatan yang ditinggalkan beliau akan digantikan oleh Asisten Mohd. Shukhairy Abd. Sabhe.

Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, pertukaran tersebut turut melibatkan Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner Abd. Ghafar Ibrahim yang akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kontijen Pahang.

Katanya, jawatan Abd. Ghafar akan digantikan oleh Asisten Komisioner Zaimy Mohamad Nawi manakala Asisten Komisioner Azizon Othman akan menggantikan Zaimy sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas dan Pengurusan dan Koordinasi Kontinjen Kedah.

“ACP Pentadbiran Jawatan Pengurusan Kontinjen Sabah iaitu Asisten Komisioner Habibi Manjiji akan bertukar jawatan dengan Asisten Komisioner Wan Badrulhisham Wan Osman selaku Eastern Sabah Security Command (Esscom) Kementerian Dalam Negeri sebagai Timbalan Ketua Staf Perisikan.

“Pertukaran ini turut melibatkan empat lagi pegawai JIPS Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Mohd. Zakarim Abdullah @ Zakaria, Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kauseling JIPS Bukit Aman yang akan bertugas sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) bagi menggantikan Asisten Komisioner Zulkipli Hassim yang bertukar sebagai Penolong Pengarah (Kesejahteraan/ Organisasi),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Skandaguru, kekosongan ditinggalkan Mohd. Zakarim akan digantikan oleh Asisten Komisioner Mohd. Zuhairi Hamzah.

Ujarnya, Penolong Pengarah (Pematuhan) JIPS Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Glenn Anthony Sinnapah akan Jabatan Pengurusan bagi memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan Jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya