11 pelajar UTeM bergelar hafiz al-Quran - Utusan Malaysia

11 pelajar UTeM bergelar hafiz al-Quran

SERAMAI 11 mahasiswa UTeM memperolehi Sijil Khatam Hafazan al-Quran menerusi program Pensijilan Tahfiz Jakim-UTeM 2017/2018, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar sejarah tersendiri apabila seramai 11 pelajarnya memperolehi Sijil Khatam Hafazan al-Quran menerusi program Pensijilan Tahfiz Jakim-UTeM 2017/2018, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim berkata, mereka adalah kumpulan hafiz kedua yang mendaftar sejak program berkenaan diwujudkan.

Menurutnya, 11 mahasiswa yang menerima sijil tersebut adalah daripada semester 2017/2018 yang mengikuti program tersebut selama enam semester.

“Pencapaian ini sekaligus menzahirkan UTeM untuk terus komited melahirkan mahasiswa dan
graduan yang bukan hanya memiliki kepakaran dalam bidang teknikal tetapi juga hafiz al-Quran.

“Saya melahirkan rasa syukur dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas pencapaian terbaik kali ini kerana kita dapat melahirkan 11 pelajar yang memperoleh Sijil Khatam al-Quran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raha menambah, mereka yang terlibat merupakan mahasiswa pengajian bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Ujarnya, usaha UTeM mewujudkan program pengajian tahfiz al-Quran di universiti itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Darul Quran.

Sementara itu, Pengarah Program, Dr. Radzuan Nordin berkata, kumpulan kedua yang berjaya mendapat sijil tersebut adalah terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan.

Menurutnya, para pelajar tersebut yang mengikuti program itu dibimbing dengan sistem yang disusun oleh JAKIM.

“Pelajar tersebut adalah Ahmad Shafiq Haikal Abbilah, Muhamad Nur Aiman Azman, Muhammad Najhi Mohd Fauzi, Muhammad Afzal Akmal Azhan, Muhammad Amiruddin Mustafa, Muhammad Ammar Haziq Abu Samah dan Muhammad Hafizuddin Mansor.

“Turut sama ialah Muhammad Yasir Syahir Yahaya, Fatimatuzzahrah Mohamed Arif, Nur Ainun Amirah Mohamad Azhar dan Wafa’ Idris,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya