100,000 usahawan dijangka sertai Zero Kos Marketing - Utusan Malaysia

100,000 usahawan dijangka sertai Zero Kos Marketing

Radz Mohd. menyampaikan taklimat pada Majlis Pelancaran Zero Kos Marketing- Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya, di sini, hari ini. -UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) menyasarkan seramai 100,000 usahawan akan menyertai program Zero Kos Marketing yang diadakan secara maya nanti.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd. berkata, pihaknya terus memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama yang memerlukan bantuan ekoran terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, pihaknya memahami masalah dihadapi ramai usahawan dan PKS yang terpaksa mencari jalan untuk memastikan perniagaan yang dilakukan dapat bertahan.

“Justeru, kami bawakan program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes dapat terus bertahan malah berkembang ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat.

“Kami melancarkan Zero Kos Marketing yang kami bawakan secara percuma pada hujung bulan ini iaitu 28 hingga 30 Mei nanti diharap dapat membantu dan digunakan sepenuhnya kebanyakan usahawan di negara,” katanya pada Majlis Pelancaran ZKM di Hotel Westin Kuala Lumpur, di sini hari ini.

RichWorks meraikan usahawan dan wakil persatuan PKS bersama media sempena pelancaran program ZKM bagi terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mengetahui dengan lebih mendalam isu atau masalah sedang dihadapi.

Sejak 2008, RichWorks membimbing lebih 1.1 juta orang dengan 400,000 orang dilatih secara virtual sejak bermulanya pandemik pada tahun lalu.

Radz berkata, pihaknya berharap para usahawan akan merebut peluang seumpama ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan modal selain hanya perlu komited menghadiri program sahaja.

“Kami juga masih mencari sembilan orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria untuk Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama.

“Pemenang ini akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan dan pemasaran, kepimpinan, pematuhan dan operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya agar mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan ke setahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN