10,000 tidak hadir vaksinasi di Kelantan - Utusan Malaysia

10,000 tidak hadir vaksinasi di Kelantan

PETUGAS kesihatan mencucuk vaksin Covid-19 kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Dewan Kopeladar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan hari ini. UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dianggarkan 10,000 individu gagal hadir untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua di 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Kelantan sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berdasarkan data jabatan, kebanyakan individu yang tidak hadir itu merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, rata-rata mereka memberi alasan tidak hadir kerana mempunyai masalah kesihatan dan isu peribadi lain.

“Sebahagian besar individu terbabit juga gagal memaklumkan ketidakhadiran mereka untuk menerima vaksin fasa kedua kepada PPV masing-masing.

“Apabila jabatan menerima senarai awal penerima vaksin, kita akan menghubungi setiap orang sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Dr. Zaini, jabatan tidak akan menghubungi semua penerima kerana jumlahnya terlalu ramai dan mereka sebenarnya boleh memeriksa tarikh suntikan melalui aplikasi MySejahtera.

Dalam masa sama, kata beliau, penerima vaksin Covid-19 boleh menunda tarikh suntikan atau lokasi PPV dengan menghubungi hotline MySejahtera.

Menurutnya, jika penerima tidak dapat hadir pada tarikh janji temu yang ditetapkan, pihaknya akan menghubungi orang lain untuk menggantikan tempat bagi mengelakkan pembaziran bekalan vaksin.

“Setakat ini, 19 PPV di Kelantan dibuka di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

“Sehingga semalam, lebih 340,000 individu mendaftarkan nama mereka melalui MySejahtera dan ia masih rendah bagi jumlah keseluruhan penduduk di Kelantan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya