10 tan hasil hutan tanpa dokumen dirampas - Utusan Malaysia

10 tan hasil hutan tanpa dokumen dirampas

ABDUL Khalim Abu Samah (kanan) menunjukan hasil hutan yang dirampas dari salah satu premis yang menyimpan dan menjualnya tanpa dokumen sah di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang baru-baru ini. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Jabatan Perhutanan Kelantan merampas kira-kira 10 tan hasil hutan seperti tunggul, kulit dan bongkah kayu dan produk hasil hutan dalam tiga serbuan berasingan di sebuah kilang kayu serta dua premis, di sini baru-baru ini.

Dalam setiap serbuan itu, ketiga-tiga premis didapati menyimpan hasil hutan seperti kayu jenis tembusu, damar minyak dan mahogani tanpa dokumen yang sah daripada pihak jabatan pada 29 April hingga 1 Mei lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah berkata, ketiga-tiga pemilik premis itu juga gagal mengemukakan dokumen sah terhadap hasil hutan yang berada di sekitar kawasan premis mereka.

“Serbuan dijalankan selepas pihak jabatan menerima aduan dan maklumat awam mengenai ketiga-tiga premis itu yang menyimpan hasil hutan.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli semua hasil hutan itu daripada penduduk kampung di sekitar daerah ini dan Rantau Panjang,” katanya dalam sidang akhbar di JPNK Tanah Merah di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalim, semua hasil hutan yang dirampas akan disimpan di stor simpanan barang rampasan di Manal di sini manakala siasatan lanjut ke atas ketiga-tiga pemilik premis itu diserahkan kepada pihak polis.

“Unit siasatan masih menilai nilai keseluruhan hasil hutan yang dirampas di ketiga-tiga buah premis itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang dan Seksyen 69(1), Akta Perhutanan Negara 1984.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya