10 kematian akibat Covid-19 di Besut - Utusan Malaysia

10 kematian akibat Covid-19 di Besut

DR. NOR AZIMI YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Besut sekali gus menjadikan jumlah maut dari daerah itu kini seramai 10 orang.

Bilangan itu lebih separuh daripada angka keseluruhan kematian di Terengganu yang seramai 17 orang sejak tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kes terbaharu membabitkan warga emas lelaki berusia 71 tahun dari Kampung Pelagat 3 di samping wanita berumur 55 tahun dari Kampung Bukit Tumbuh.

“Daripada 11 kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), tujuh merupakan warga Besut.

“Setiap kematian akibat Covid-19 sangat menyayat hati, yang menguruskan jenazah adalah pihak lain, bahkan berada di hospital atau ICU juga keseorangan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang hanya mampu melihat dari jauh atau mereka berada di pusat kuarantin,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.

Sehubungan itu, Nor Azimi menuntut orang ramai untuk berikrar kekal duduk di rumah di samping mengehadkan pergerakan dan mengelakkan berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Katanya, langkah itu penting bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19 dengan cepat.

“Data harian dan kematian kes Covid-19 adalah benar, malah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga benar dalam mencegah jangkitan wabak.

“Janganlah kita menjadi punca kemudaratan kepada orang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya