YNS tiada kaitan dengan konsesi balak Lenggeng - Utusan Malaysia

YNS tiada kaitan dengan konsesi balak Lenggeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesahkan siasatan isu konsesi balak di kawasan Lenggeng tidak melibatkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

Pengarahnya, Mohamad Zakkuan Talib berkata, pihaknya ingin menjelaskan bahawa isu itu tidak melibatkan yayasan berkenaan sepertimana didakwa oleh segelintir pihak.

“Sebaliknya konsesi balak di kawasan tersebut telah diberi kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.

“SPRM NS bukan sahaja menyiasat isu tersebut namun turut menyiasat keseluruhan kawasan konsesi balak melibatkan YNS sejak 2014 lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, SPRM NS mengesahkan membuka satu kertas siasatan berhubung isu dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan konsesi balak melibatkan YNS.

Mohamad Zakkuan berkata, hal ini berikutan SPRM NS menyiasat segala aduan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa hingga mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem tadahan air serta jalan di kawasan terlibat.

“SPRM NS berharap semua pihak jelas tentang perkara ini dan tidak membuat spekulasi kerana siasatan masih berjalan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya